Sunday 8 July 2012

DIMANAKAH ALLAH??


Bismillahirrahmanirrahim.....
Assalamualaikum.



Kadang-kadang KITA membicarakan perkara yang tidak sepatutnya kita bicarakan.Contohnya perkara yang dah terang dan jelas akan sesuatu.Bagaimana mungkin seorang yang mengaku dirinya Islam dan beriman masih mempertikaikan lagi tentang keharaman arak dan judi.....

Yang pasti perkara yang paling asas yang tidak patut seorang muslim itu untuk pertikaikannya...iaitu KEWUJUDAN ALLAH!!!!

Nak dibawakan sebuah cerita.....
Alkisahnya.......

Dalam satu kursus,para peserta diminta untuk bertaaruf sesama mereka.Pada waktu rehat,masing-masing mengambil tempat dalam kelompok sendiri.Macam-macam isu yang dibincangkan.

Yang pasti isu-isu yang dibincangkan tu sebenarnya adalah ISU AGAMA..

"Saya kurang setuju lah dengan pandangan Ustaz Hamzah" katalah si Mahad ni..Mahad,seorang pengusaha roti.
"Kenapa??" tanya Wahid,kawan sekumpulan Mahad.
"Bukan ke dia tu seorang Wahabi?"
"Wahabi?" Wahid terkejut...
"YA!!"
"Kenapa dengan Wahabi?"
"Akidah mereka salah,tak betul..Mereka menolak Imam Syafie."
"Siapa cakap?"
"Saya dengar ada orang yang cakap Ustaz Hamzah pendokong kuat aliran tu"
"Pernah ke dia mengaku pasal tu??" Wahid makin pelik.
"Tidak pernah secara terang-terangan.Tapi cara dia berdakwah memang jelas nampak Wahabi"
"Emm,,,tak baik kita tuduh ustaz macam tu"
"Nampaknya saudara nak membela ustaz".Mahad makin cuba untuk membela dirinya.
"Saya baca semua bukunya..sangat ilmiah,penuh dengan fakta dan perbandingan.Semuanya diambil dari nas-nas aqli dan naqli".
"Boleh saya bertanya?"tanya si Mahad dekat Wahid."Dimanakah ALLAH menurut saudara?"
Wahid tahu solan yang dikemukakan tu untuk menduganya.Jika dia menjawab ALLAH bersemayam di atas langit serta merta dia akan dicop sebagai Wahabi.
Dia cuba berhelah..

"Saudara,ada perkara yang lebih penting lagi drpd perbahasan tentang dimana Allah,bagaimana rupanya dan sebagainya..RASULULLAH diutuskan di muka bumi dgn membawa kalimah tauhid untuk mengesakan ALLAH dan menjadi utusanNYA.Dengan itu,perihal dengan isu akidah ni sepatutnya sudah seesai 1400 tahun dulu lagi.Datangnya RASULULLAH untuk membetulkan akidah kita dengan kalimah LAILAHAILLALLAH MUHAMMAD RASULULLAH"


Wahid menyambung."Bagaimana selama ini kita solat jika kita masih ragu-ragu tentang akidah kita?Maksud saya kita banyak mebuang masa dengan membincangkan perkara yang sudah jelas termaktub dalam AL-QURAN dan HADIS."

"Maksud kamu,kita tak payah bicang tentang akidah?Macam mana pula pengajian akidah ini nak didakwahkan kepada orang awam?" tanya Mahad.

"Saya maksudkan janganlah kita bincangkan atau lebih tepat didebatkan kerana nak tegakkan kefahaman akidah mengikut aliran kefahaman masing-masing.Bukankah akidah itu satu??sejak dari waktu Nabi Adam hingga ke hari kiamat.Hanya syariat yang banyak berubah,namun yang halal dan haram jelas diterangkan dalam AL-QURAN.Mengajar kepada kanak-kanak dan orang jahil itu perlu.Cuma yang saya maksudkan jangalah ada di kalangan ustaz berdebat,berhujah tentang isu akidah hingga menyebabkan perpecahan.Bayangkan kita berbahas sehingga mendebatkan soal kedudukan ALLAH,rupaNYA.Ini semua salah satu titik syaitan untuk para ilmuwan berbalah". jawab Wahid dengan tenang.

"Saya bersetuju dengan saudara",kata Mahad.Lalu,Wahid terus bertanya,"Maka,benar atau tidak Ustaz Hamzah seorang Wahabi?"

Sambil mengurut dada,hanya satu lafaz sahaja yang kedengaran,"ASTAGHFIRULLAH..."

No comments:

Post a Comment