Sunday 23 September 2012

CYBER DA'IE

Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum..

Bila disebut mengenai dakwah dan da'ie ni ramai yang takut,malah ia menjadi satu perkara yang menggerunkan.Bila nak jadi da'ie ni tak perlu nak tunggu jadi ulama',syeikh2,ustaz2 baru nak mulakan dakwah...Andai kita tidak mengambil jurusan agama sekalipun tetap boleh melaksnakan dakwah...

Apabila manusia tidak mahu mengajak amar makruf dan mencegah kemungkaran sehingga keadaan dirinya sempurna,tidak akan ada seorang pun yang akan mengajak kepada usaha ini.So,seorang da'ie itu perlu mempunyai ilmu ,dan semestinya rasa kuat dalam diri nak menyeru mad'unya kepada Yang Maha Esa.Niat yang ikhlas amat2lah penting dalam menyampaikan dakwah ni,jangan mengharapkan pujian dan kata2 manis manusia,tapi mintalah pujian daripada Allah.

Dalam megerjakan kerja dakwah ni,banyak wasilah yang boleh kita gunakan dan antara caranya adalah dengan menggunakan ICT...Oh,semestinya wasilah2 itu adalah facebook,blog,twiteer dan macam2 lagilah.Mustahil untuk saya katakan saudara/saudari yang membaca ini tidak mempunyai perkara2 diatas...
Jadi,apa tanggungjawab kita untuk membawa mad'u2 kita kembali kepadaNya???

Sedarlah para dai'e,ini adalah satu alat untuk kita mendekatkan diri dgan mad'u,menarik ramai lagi insan2 diluar sana yang dahagakan ilmu agama.Pada zaman2 dulu,ICT meupakan benda yang amat asing dalam kehidupan masyarakat.Bila zaman dah berubah,teknologi pun makin canggih,semakin mudah untuk da'ie berdakwah.Kemewahan pada waktu dahulu menjadi satu keperluan pada zaman sekarang..(ni kata2 yang dipetik drpd Tuan Syaikh-pensyarah UM)..

Jom jadikan ICT satu medan dakwah untuk menarik lebih ramai lagi mad'u tertarik kepada Islam
ICT = Iman Campur Takwa.

Dengan erti kata lain,Dakwah amat memerlukan Da'ie yang membawa Islam dengan lebih luas...
Dr Yusuf Al-Qardhawi ada menyatakan 4 ciri syabab Islam:
- Ilmu
- Berjemaah
- penyabar
- Melaksanakan

Sahabat2,pilihlah mana yang kita nak sama ada salah satu daripada atas tu,atau keempat2nya..tepuk dada,tanya iman..
Ingatlah,gunakan ICT ini dengan cara bijak,tapi jangan sampai terleka denagntipu daya dunia.Jadilah seorang cyberdai'e yang memaknakan ICT dalam kehidupan.

Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada Malaikat; “Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi”. Mereka bertanya (tentang hikmat ketetapan Tuhan itu dengan berkata): “Adakah Engkau (Ya Tuhan kami) hendak menjadikan di bumi itu orang yang akan membuat bencana dan menumpahkan darah (berbunuh-bunuhan), padahal kami sentiasa bertasbih dengan memujiMu dan mensucikanMu?”. Tuhan berfirman: “Sesungguhnya Aku mengetahui akan apa yang kamu tidak mengetahuinya”.
(al-baqarah:30)

Serulah ke jalan Tuhanmu (wahai Muhammad) dengan hikmat kebijaksanaan dan nasihat pengajaran yang baik, dan berbahaslah dengan mereka (yang engkau serukan itu) dengan cara yang lebih baik; sesungguhnya Tuhanmu Dia lah jua yang lebih mengetahui akan orang yang sesat dari jalanNya, dan Dia lah jua yang lebih mengetahui akan orang-orang yang mendapat hidayah petunjuk.
(an-Nahl:125)

~Islah Nafsaka wad'u ghairaka~
wallahualam..^_^