Thursday 30 August 2012

BANGKITLAH DUHAI SYABAB!!

Wahai Umat Quran!
Bangkit dan berdirilah,susun barisan dan kekuatan umat.
Gemakkan kalam Ilahi,kumandangkan selalu suara seruan kebenaran.
Besarkan Tuhanmu atas segala hal.

Tiada urusan atau kepentingan yang lebih penting dri menjalankan perintahNya.
Tiada ketakutan selain dri azab siksaNya yang akan menimpa.
Tiada harapan selain dri keredhaanNya.
Bersihkan zahir dan batinmu.
Hanya dgn kesucian ruh,amanah dan risalah ini dpt dijalankan.
Amanah dan risalah suci ini tdak layak dipegang tangan kotor,jiwa berlumur dosa.
Jauhi maksiat,singkiri kemungkaran.
Dosa itu menghitamkan wajah riwayatmu dan namamu akan tercemar dihadapan Allah.

Jalankan amanah ini hanya kerana keredhaan Allah.
Bersabarlah menerima segala musibah ujian dan dugaan.
Hanya umat yg sabar mendapat kejayaan yg sejati dan kemenangan hakiki.
Tanpa mujahid dakwah,masyarakat ini lenyap ditelan kesepian dan kegelapan.
Hidup kehampaan kerana tiada iman dan agama.

Ya Allah terangilah hati kami dengan hembusan iman.Hapuskanlah kecintaan kami terhadap dunia dengan cetusan cintaMu yg membara.