Thursday 4 April 2013

BELAJARLAH UNTUK MENGHARGAI



Assalamualaikum,alhamdulillah .Syukur kepada Allah di atas pemberian nyawa dan aku masih dapat merasai manisnya nikmat iman dan islam. Rasanya agak lama tak mengupdate blog ni.Ini kali lah, tibe2 aku rase macam nak update blog ni.Tiada yang istimewa dalam blog aku ni,just bile aku rase rajin aku akan berblogger la kejap.heh! =p
Ini kalilah! Aku nak share pasal kehidupan aku dan orang2 yang berkaitan dengan aku.So, bace sampai 
habis!



Tengah aku duk borak2 dengan roomate ,tibe2 terkeluar lah topik pasal menghargai ni.Ntah,aku sendiri xtahu macam mana boleh terkeluar nya.So,apa lagi...aku pun mengimbau lah kenangan aku pergi ke KEM TOT 2 minggu lepas. Apa yang bestnye kat sane? Awalnya memang aku tak nak pegi pun.Aku dah boleh agak keadaan kat sane macam mana.SOSIAL.Last2,aku buat keputusan pergi juga KEM TOT tu.Masa dalam perjalanan kat sane,kepala pening,hati pun rungsing.Allahuakbar,aku xtahu nak hadapi dengan keadaan kat sane.Peserta2 sume dari budak kolej aku,tapi yang merungsingkan aku macam mana cara aku nak bergaul dengan diorang.Dengan kebanyakan diorang ni semua lelaki dan beberapa kerat je perempuan.Dahla semua peserta tu aku xberapa nak rapat dengan diorang.Bila fikir2 balik,aku tau di sini lah Allah telah mencampakkan aku untuk teruskan kerja dakwah.Kalau bukan aku,siapa lagi?Dan melalui KEM TOT ni lah aku mesti cari satu jalan nak rapat dan mendekati mad’u2 aku ni.

Ok,secara general program kat sane memang best.Banyak yang aku belajar.Bab2 menari tu memang tok sah nak habaq la.Memang banyak.Membuatkan aku makin xselesa.Tapi,Alhamdulillah diorang masih memahami dengan keadaan diri aku sebenar macam mana.Sekali tengok,orang memang dah tau aku ni macam mana.Tapi,aku still buat part2 yang menari menggunakan tangan je.Nasib baik aku duduk di hujung2 dewan. Kat sini,aku nak share sedikit apa yang aku dapat sepanjang pegi KEM TOT tu:
1.       Orang yang hebat berani menjadi orang yang berbeza
2.       Sebagai seorang ketua,air muka kita perlu dijaga.
3.       Lima konsep untuk membuatkan orang suka kepada kita (TRUST)
Trust
Respect
Unconditional
Sensitif
Touch

4.       Jangan gagal menjadi diri kita
5.       Sikap datang daripada budaya,Budaya datang daripada tabiat,Tabiat datang daripada kelaziman.
6.       Motivation=Motive + Action
7.       Pemimpin yang hebat mesti ada akal dan jiwa

Ini antara kesimpulan yang aku  boleh buat sepanjang di training uuntuk menjadi fasi.YA! Sekarang  aku sedar dari lena yang panjang bagaimana cara sebetulnya untuk medidik manusia.Bagaimana untuk aku mendekati manusia.Salah satu point yang trainer tu bagi nak jadi orang yang hebat, 4 perkara mesti ada pada diri kita:

Trust  à Respect à Admire à Caring

Antara keempat-empat point kat atas,caring yang paling susah aku buat.Dan aku xfaham kenapa jadi begini? (Macam mencari identiti diri pulak).Di kesempatan tu,aku bertanya soalan kpada trainer tu.”Macam mana nak menjadi caring?” Jawapan trainer tu sangat padat dan simple. “Belajar untuk memberi”
Lama aku fikir kenyataan trainer tu..Last2 baru aku faham.Ya! Aku mesti banyak memberi kepada orang.Maksud trainer tu,bukan memberi dengan harta semata2,tetapi memberi kudrat dan hati kita kepada orang lain.Dan disitulah akan terbina nya sebuah kasih sayang.Penyelesaiannya sangat mudah.Memberi,memberi,memberi.Yang pasti hilangkan sifat EGO dalam diri! Nak jadi orang yang hebat bagaiman,jika EGO dalam diri tak bisa dibuang?



Aktiviti yang paling aku suka dalam KEM TOT tu sewaktu sesi penghargaan.Di sini,baru aku sedar.Dengan penghargaan diri akan dihargai.Dengan penghargaan,keyakinan diri akan terhasil.Dengan penghargaan,jiwa akan  tenteram.Dengan penghargaan,jalinan akan terjalin.Jangan jadikan penhargaan itu sebagai alat untuk membanggakan diri.Tapi,gunakan ia untuk menambah kredibiliti diri.Nak jadi pemimpin,perlu disukai dan dihargai oleh orang.Bagaimana mahu menjadi hebat,jika diri tak pernah dihargai?

Dan di sini,ada seseorang yang aku nak hargai.Cara dia menghargai dirinya sendiri membuatkan aku begitu mengagumi dirinya.Seorang sahabat  yang aku kenali sepanjang aku belajar di UM ni.Dia banyak menghargai semua perkara yang berlaku padanya.Semua perkara yang dilalui oleh sahabatku ni akan dicatatkan dalam sebuah buku kesayangan dia.Banyak benda first time yang berlaku pada dia.Dan dia sangat menghargainya! Ya...dia telah membuatkan aku betul2 terharu.Begitu berertinya kenangan dan penghargaan yang diberikan untuk dirinya.Setiap perkara akan dicatit dalam buku tersebut berserta dengan gambar dan yang membuatkan aku terkejut dia simpan segala tiket bas,tiket flight,tiket movie(first time),tiket ceramah,surat2 daripada kawan2 dia. Penghargaan yang dilakukan oleh sahabatku ni,membuatkan hatiku terketuk lantas hatiku menangis tersentuh.



Bukan mudah mahu mencari insan seperti dia dalam dunia ni.Dan,dia lah insan pertama yang menyimpan 1001 penghargaan untuk dirinya dan untuk insan sekelilingnya.Jika mahu orang menhargai kita,hargai dahulu orang lain.Jika ingin diri disyangi,belajar dahulu untuk menyayangi.Sebarkan cinta dan sayang serta penghargaan dengan orang di sekeliling kita.Melalui cinta dan kasih sayang,jalinan ukhuwwah akan terjalin.Lantas,akan melahirakan individu yang penyayang,keluarga harmoni dan dilimpahi kasih sayang,masyarakat yang yang bertamadun dan berkasih sayang dan seterusnya akan lahirlah negara yang tenteram.Tiada lagi permusuhan dan persengketaaj. Ayuh,pupuk dalam jiwa sifat kasih sayang dan penghargaan! Sebarkan cintamu buat seluruh dunia!


SUBHANALLAH,ALHAMDULILLAH,ALLAHUAKBAR,LAILAHAILLALLAH MUHAMMAD  RASULULLAH
~NUR ADILA~
4/4/2013