Friday 16 November 2012

ADA APA PADA SAYANG....


Assalamualaikum sahabat semua....Semoga kalian dirahmati dan dilindungi di bawah lembayung kasih dan sayang Allah..

Kali ni aku sangat tertari untuk bercerita mengenai ADA APA PADA SAYANG.....



Apa yang kalian tahu mengenai sayang??? Setiap individu berlainan pendapat megenai definisi sayang kan....Aku tidak punya banyak definisi tentang sayang ni...cuma yang aku tahu sayang sama lah erti nya dengan mengasihi dan mencintai....Tanpa sayang,musnahlah segalanya dalam kehidupan ini...tanpa sayang makhluk bermusuhan...Sayang harus diungkapkan dengan baik dan telus sekali,jika tidak ia akan merosakkan jiwa.Memang fitrahnya manusia itu ingin kan cinta dan kasih sayang dan ini menunjukkan bahawa wujudnya Allah yang bersifat Ar Rahman dan Ar Rahim di dunia ini.

Suka untuk aku kongsikan sebuah cerita seorang insan yang pertama dan terakhir kalinya aku bertemu di pondok varsiti....Sekali pandang wajahnya,cukup membuatkan hatiku tenang untuk mendekatinya.MasyaAllah betapa hebatnya dia dalam menghadapi ujian kehidupan..InsyaAllah,dengan kekuasaanMu aku memohon agar bertemu kembali dengan sahabat yang aku rindui ini...

Dia hidup dalam keluarga yang kucar kacir....dengan hidup tanpa tarbiyah agama.Ibu bapa yang asyik bertengkar dari pagi hingga ke malam..Ditambah dengan adik2 yang masih kecil seramai 5 orang..Dia pernah diherdik oleh orang tuanya dengan perkataan yang amat kasar.Disuruhnya melakukan setiap urusan rumah sedangkan pada waktu yang sama dia perlu menyiapkan segala tugasan dan menghadiri kuliah...Tapi hanya disebabkan pergaduhan kecil orang tuanya dia diherdik,disembur dengan kemarahan,dipukul dan ditendang menyebabkan jiwanya begitu terseksa....

Dia bertahan hidup sehingga sekarang semata-mata untuk melihat dan memberikan kasih sayangnya sebaga seorang kakak terhadap adik-adiknya...ini katanya: "adik-adikku tidak bersalah.Yang bersalah dan membawa masalah tu orang tua kami.Kami tidak meminta apa-apa pun,walau makan minum tak diberikan kami sanggup.Yang kami inginkan cuma kasih sayang daripada orang tua kami.Kami hanya inginkan perhatian dan sayang yang secukupnya..Cukuplah sekadar bertanya kesihatan kami,masalah kami,pembelajaran kami....Hanya itu yang kami perlukan.

Tapi mereka tetap tak faham dan mengerti apa yang kami inginkan....Di mana hilangnya nilai sayang itu??"

aku hanya mampu mendengar dan memberi nasihat kepadanya barang sedikit..Aku berharap dengan nilai nasihat yang aku berikan itu dapat memberikannya kekuatan dan kesabaran untuk terus hadapi ujian yang mendatang.

Apa yang aku dapat fikirkan disini,betapa pentingnya nilai sayang dalam membina sebuah rumah tangga.Hidup tanpa kasih sayang hanya membuatkan jiwa-jiwa kecil terseksa.Hidup mereka menjadi tidak keruan....tiada gelak ketawa,hidup hanya dipenuhi dengan masalah.Jangan hilangkan cinta itu,kelak ia kan pergi meninggalkanmu....Sayangilah insan disekeliling kita..Jangan hancur hati mereka.

Bila difikirkan manusia sekarang ramai yang memperhambakan diri mereka terhadap CINTA manusia....maksud aku di sini terlalu memperhambakan cinta trhadap berlawanan jantina hingga CINTA dan SAYANG yang perlu pasakkan dalam kelurga hancur sebegitu.Betapa hiba dan kasihan aku melihat ramai anak-anak muda menjadi hamba kepada nafsu mereka daripada menjadi hamba ILAHI...

Hadis Qudsi:
Allah swt berfirman: “Aku menurut sangkaan hamba kepada-Ku, dan Aku bersamanya apabila dia ingat kepada-Ku. Jika dia ingat kepada-Ku dan dalam dirinya maka Aku mengingatnya dalam diri-Ku. Jika dia ingat kepada-Ku dalam kelompok orang-orang yang lebih baik dari kelompok mereka. Jika dia mendekat kepada-Ku sejengkal maka Aku mendekat kepadanya sehasta. Jika dia mendekat kepada-Ku sehasta maka Aku mendekat kepadanya sedepa. Jika dia datang kepada-Ku dengan berjalan maka Aku datang kepadanya dengan berlari-lari kecil.” (Sahih Bukhari)



Walaupun begitu,sebaiknya kita menharapkan cinta dan sayang ALLAH.Cinta dan kasih sayang yang terbaik dan tertinggi jika nak dibandingkan dengan yang lain.Kita seharusnya berfikiran positif terhadap Allah sehinggakan kita mampu untuk menerima kenyataan ujian kehidupan.

Bagaimana pun, keluarga yang dibangun dengan cinta, akan membentuk masyarakat yang kukuh. Kerana keluarga adalah tiang  sesebuah masyarakat, dan nilai dari keluarga adalah cinta.


Ingatlah sahabat ku sekalian,cari cinta Allah,nescaya cinta manusia akan menghampirimu...Bina asas-asas kecintaan dan kasih sayang dalam dirimu untuk memperoleh CINTA yang Hakiki....


Monday 12 November 2012

BUKU BARU~HIJRAH


Assalamualaikum sahabat2 yg dikasihi sekalian...



Memandangkan Awal Muharram tinggal beberapa hari je lagi,disini aku nak cerita sikit tentang ni.
Awal Muharram atau lebih dikenali dengan nama Maal Hijrah ni takwin permulaan baru bagi orang Muslim...dengan kata lain,orang barat menggunakan kalendar Masihi begitulah sebaliknya kita sebagi seorang Muslim...

Awal Muharram bagi memperingati penghijrahan Nabi Muhammad s.a.w dari Kota Mekah ke Kota Madinah.(hijrah dri sattu tempat ke satu tempat).Menelusuri perjalan/penghijrahan baginda dan para sahabat dari Mekah ke Madinah adalah satu langkah baru untuk menghadapi cubaan yang mendatang.

Bagi situasi kita sebagai seorang Muslim sekarang lebih digambarkan kepada penghijrahan dri negatif kpada positif..

Ayuh sahabat2,kita mulakan langkah dan buku baru bagi tahun baru buat umat Islam ni..jangan nak tunggu kalendar tahun baru Barat baru nak berazam dan berubah...Tinggal beberapa hari sahaja lagi(15hb 11 2012)
kalendarr baru buat umat Islam akan terbuka luas buat kita.

Tanamkan azam baru untuk berubah dari keburukan kepada kebaikan....kalau sebelum ni kita seorang yang amat susah untuk solat berjemaah,lepas ni berazam untuk terus melakukan solat berjemaah.Andai belum ini,kita seorang yang pemalas,so lepas ni rajin2 kan lah diri kita...Jom,sama2 tambahkan lagi thaqofah(pengetahuan) kita dalam ilmu duniawi dan ukhrawi....InsyaAllah biar selamat dunia dan akhirat.Kuatkan lagi kebergantungan kehidupan kita hanya kepada ALLAH..

Ni anatara amalan2 akhir tahun dan 1 Muharram:

1.Berpuasa hari terakhir pada bulan Zulhijah
2.Berpuasa pada hari pertama bulan Muharram
3.Membaca doa akhir tahun sebelum masuknya waktu maghrib
4.Membaca doa awal tahun selepas masuknya solat Maghrib atau malamnya




InsyaAllah boleh sama2 amalkan dan beroleh pahala dan keredhaan Allah..

Ingat sahabat2,buka buku dan langkah yang baru agar menjadi Muslim yang berjaya.Tutup segala buku lama dan mulakanlah langkah yang baru untuk kehidupan yang baru!!!

Friday 9 November 2012

BOSAN


Assalamualaikum sahabat2 sekalian....sihat?? dah makan?? cukup tido?? oppss,,,lupe nak tanye...yg penting sekali cukupkah ibadah yg anda lakukan hari ni???adakah iman anda sihat? pikiq2 lah sendiri ye... ^^

Setelah sekelian lame membiarkan blog kesayangan ku ni bersarang,akhirnye terdetik nak luangkan sedikit mase tuk blog ni...

Tibe2 nak kongsikan isu KEBOSANAN ,ini adalah realiti kehidupan manusia!!.....



Pernah x anda rase bosan??? mesti pernah kan...mustahil dan amat2 mustahil kalu xpernah rase bosan..bosan kan kalu duk sorang2 dalam bilik? nak2 time org lain sibuk pegi kelas kite duk dlm bilik buat assingment...fuh,bosan...bosan bile xtau ape nak buat,bosan bile dengar lecturer bg talk kat dpan ,bosan buat bende yg same,bosan bace buku...ade ke???
bosan dan bosan mule menguasai diri....

Jom bace ayat ni...



[56]Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaKu  
(SURAH AZ-ZARIYAT)



“Maka adakah patut kamu menyangka bahawa Kami hanya menciptakan kamu (dari tiada kepada ada) sahaja dengan tiada sebarang hikmat pada ciptaan itu? Dan kamu (menyangka pula) tidak akan dikembalikan kepada Kami?” (SURAH AL-MU'MINUN:AYAT115)


Renung-renungkan ayat diatas dan cuba fahaminya sahabatku...
Ayat diatas jelasnye menerangkan kepada kita,manusia memang diciptakan kat dunia untuk mengamalkan amal kebajikan(ibadah)...Ketahuilah penciptaan langit dan bumi bukanlah satu main-main buat manusia.Nah.memang bertepatan hidup kita sebagai seorang Muslim,tiada istilah rest dan bosan dalam hidup ni..Kenape kita perlu rase bosan dalam hidup ni? hakikatnye,banyak lagi perkara dan tanggungjawab yang perlu kita uruskan dan laksanakan sekarang!!

Terlalu banyak alternatif atau cara2 utk membuang segala rase kebosanan ni:

1.Perlu cari apa,kenapa,penyebab segala kebosanan tu
2.Bila dah jumpe segala punca2 tersebut terus mencari jalan penyelesaian bgi masalah kebosanan ni.xperlu tunggu dan tangguhkan lagi.
3.Penuhi rutin seharian kita dengan aktiviti.Dari pagi sampai ke malam.
4.Manage your time wisely
5.Mencari sahabat2 yg boleh diajak berbual dan berbincang
6.Mencari kawan2 baru
7.Luangkan masa dengan menghadiri majlis agama,motivasi,kuliah2 ilmu
8.Yang paling penting sekali, buat sesuatu biarlah kerana ALLAH S.W.T

Fakta,jika seseorang melalui waktu kebosanan yang amat panjang,dia akan mengalami kemurungan berpanjangan.



Aku teringat kata-kata seorang ustaz,kita hidup sebagai orang Islam ni memang tiada istilah rehat dalam kamus hidup kita.Dalam sehari hari hidup kita mesti penuhi dengan pelbagai aktiviti dan amal jariah.Biar amal yang kita lakukan tu x nampak dipandangan mata manusia asalkan dipandang oleh Allah.Bukan susah untuk berubah,cuma ia bergantung atas kehendak kita.Lantaran itu,kuatkan keazaman kita untuk berubah demi Islam.

Wahai sahabat2ku sekalian,buanglah rase kebosanan dalam dirimu..usah dituruti kata nafsu mu...Sedarlah,dunia amat memerlukan kita untuk mengubahnya...Ingatlah,kita merupakan mutiara2 perjuangan membawa manusia ke arah kebaikan.Jangan biarkan dirimu hanyut dengan kenikmatan duniawi...Jadikan hari kita,penuh dengan rasa cinta pada Allah.Perbaharui hidup dengan perkara2 indah di pandangan Allah dan Rasul,nescaya hidup kan bahagia selalu.

Dunia ini umpama lautan yang luas,
Kita adalah kapal yang belayar di lautan,
Telah banyak kapal karam di dalamnya,
Andai muatan kita adalah iman,dan layarnya ialah takwa,
Nescaya kita tidak akan tersesat dari lautan hidup ini...

GUIDE ME ALL THE WAY YA ALLAH.....
Wallahualam...Muhasab bersama



Sunday 23 September 2012

CYBER DA'IE

Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum..

Bila disebut mengenai dakwah dan da'ie ni ramai yang takut,malah ia menjadi satu perkara yang menggerunkan.Bila nak jadi da'ie ni tak perlu nak tunggu jadi ulama',syeikh2,ustaz2 baru nak mulakan dakwah...Andai kita tidak mengambil jurusan agama sekalipun tetap boleh melaksnakan dakwah...

Apabila manusia tidak mahu mengajak amar makruf dan mencegah kemungkaran sehingga keadaan dirinya sempurna,tidak akan ada seorang pun yang akan mengajak kepada usaha ini.So,seorang da'ie itu perlu mempunyai ilmu ,dan semestinya rasa kuat dalam diri nak menyeru mad'unya kepada Yang Maha Esa.Niat yang ikhlas amat2lah penting dalam menyampaikan dakwah ni,jangan mengharapkan pujian dan kata2 manis manusia,tapi mintalah pujian daripada Allah.

Dalam megerjakan kerja dakwah ni,banyak wasilah yang boleh kita gunakan dan antara caranya adalah dengan menggunakan ICT...Oh,semestinya wasilah2 itu adalah facebook,blog,twiteer dan macam2 lagilah.Mustahil untuk saya katakan saudara/saudari yang membaca ini tidak mempunyai perkara2 diatas...
Jadi,apa tanggungjawab kita untuk membawa mad'u2 kita kembali kepadaNya???

Sedarlah para dai'e,ini adalah satu alat untuk kita mendekatkan diri dgan mad'u,menarik ramai lagi insan2 diluar sana yang dahagakan ilmu agama.Pada zaman2 dulu,ICT meupakan benda yang amat asing dalam kehidupan masyarakat.Bila zaman dah berubah,teknologi pun makin canggih,semakin mudah untuk da'ie berdakwah.Kemewahan pada waktu dahulu menjadi satu keperluan pada zaman sekarang..(ni kata2 yang dipetik drpd Tuan Syaikh-pensyarah UM)..

Jom jadikan ICT satu medan dakwah untuk menarik lebih ramai lagi mad'u tertarik kepada Islam
ICT = Iman Campur Takwa.

Dengan erti kata lain,Dakwah amat memerlukan Da'ie yang membawa Islam dengan lebih luas...
Dr Yusuf Al-Qardhawi ada menyatakan 4 ciri syabab Islam:
- Ilmu
- Berjemaah
- penyabar
- Melaksanakan

Sahabat2,pilihlah mana yang kita nak sama ada salah satu daripada atas tu,atau keempat2nya..tepuk dada,tanya iman..
Ingatlah,gunakan ICT ini dengan cara bijak,tapi jangan sampai terleka denagntipu daya dunia.Jadilah seorang cyberdai'e yang memaknakan ICT dalam kehidupan.

Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada Malaikat; “Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi”. Mereka bertanya (tentang hikmat ketetapan Tuhan itu dengan berkata): “Adakah Engkau (Ya Tuhan kami) hendak menjadikan di bumi itu orang yang akan membuat bencana dan menumpahkan darah (berbunuh-bunuhan), padahal kami sentiasa bertasbih dengan memujiMu dan mensucikanMu?”. Tuhan berfirman: “Sesungguhnya Aku mengetahui akan apa yang kamu tidak mengetahuinya”.
(al-baqarah:30)

Serulah ke jalan Tuhanmu (wahai Muhammad) dengan hikmat kebijaksanaan dan nasihat pengajaran yang baik, dan berbahaslah dengan mereka (yang engkau serukan itu) dengan cara yang lebih baik; sesungguhnya Tuhanmu Dia lah jua yang lebih mengetahui akan orang yang sesat dari jalanNya, dan Dia lah jua yang lebih mengetahui akan orang-orang yang mendapat hidayah petunjuk.
(an-Nahl:125)

~Islah Nafsaka wad'u ghairaka~
wallahualam..^_^

Thursday 30 August 2012

BANGKITLAH DUHAI SYABAB!!

Wahai Umat Quran!
Bangkit dan berdirilah,susun barisan dan kekuatan umat.
Gemakkan kalam Ilahi,kumandangkan selalu suara seruan kebenaran.
Besarkan Tuhanmu atas segala hal.

Tiada urusan atau kepentingan yang lebih penting dri menjalankan perintahNya.
Tiada ketakutan selain dri azab siksaNya yang akan menimpa.
Tiada harapan selain dri keredhaanNya.
Bersihkan zahir dan batinmu.
Hanya dgn kesucian ruh,amanah dan risalah ini dpt dijalankan.
Amanah dan risalah suci ini tdak layak dipegang tangan kotor,jiwa berlumur dosa.
Jauhi maksiat,singkiri kemungkaran.
Dosa itu menghitamkan wajah riwayatmu dan namamu akan tercemar dihadapan Allah.

Jalankan amanah ini hanya kerana keredhaan Allah.
Bersabarlah menerima segala musibah ujian dan dugaan.
Hanya umat yg sabar mendapat kejayaan yg sejati dan kemenangan hakiki.
Tanpa mujahid dakwah,masyarakat ini lenyap ditelan kesepian dan kegelapan.
Hidup kehampaan kerana tiada iman dan agama.

Ya Allah terangilah hati kami dengan hembusan iman.Hapuskanlah kecintaan kami terhadap dunia dengan cetusan cintaMu yg membara.

Saturday 28 July 2012

Cintakan pangkat dan riya' yang tercela


BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM...

Alhamdulillah,setelah sekelian lame x update blog ni...akhirnya diberi kesempatan olehNya untuk aku berkongsi serba sedikit segala pengalaman,kisah kehidupan dan ilmu yg xseberapa ni.Mohon doa dripda mslimin mslmt dri segenap sudut utk diberi kbrkatan dan kerhmatan oleh ALLAH dlm hidup ni..Semoga hasil tulisan yg ditulis ini dpt keberkatan buat semua yg mebacanya dan menjadi salah satu wasilah buat daku utk memperoleh pahal dlm berdakwah...amin Ya Rabb,insyaAllah.

InsyaAllah kali ni,,nak berkogsi serba sedikit pasal khidupan manusia yg cintakan pgkat dan riya'.Semoga dijauhkan drpd kita semua drpd sikap2 seprti ni dlm diri..Sememangnya manusia itu,amat memerlukan harta dsbbkan utk keperluan seharian spt makan,minum,pakai dn sbginya..sama juga dgan pangkat.Ini kerana,mereka memerlukan satu benteng kuasa bgi mnjaga kpntgn mereka.Keperluan sprti ini bknlah suatu prkara yg tercela krana pgkat boleh jadi satu wasilah utk mencapai satu2 mtlamat.Jika digunakan nya scara baik trpilihara dri zahir dan batin,insyaAllah akan diredhai oleh Allah.

12:55
Yusuf berkata: "Jadikanlah daku pengurus perbendaharaan hasil bumi (Mesir); sesungguhnya aku sedia menjaganya dengan sebaik-baiknya, lagi mengetahui cara mentadbirkannya".


Diriwayatkan bhawa Nabi s.a.w brsabda:
"Prkara yg paling aku bimbang berlaku trhadap umatku ialah riya' dan syahwat yang trsembunyi."

Riya' dan syahwat(keinginan utk dpndang tinggi) bkan sesuatu yg dpt dilihat dgan kaca mata kasar rmanusia...ia mmg teramat sukar utk dikesan,apatah lgi disedari oleh manusia.Ujian2 ini biasanya berlaku ke atas manusia yg lemah jiwanya..Kdg2,kepenatan mereka bermujahadah terasa ringan hanya kerana merasa seronok bila mereka dterima baik oleh manusia diskelilingnya.Mereka mungkin menyangka bahawa mereka IKHLAS kpda ALLAH sedangkan hanya orang yang benar2 mendekatkan diri kepada ALLAH terselamat drpd perangkap ini.

Ada kata2 arab mengatakan:Prkara yg terakhir yg keluar drpd golongan as-siddiqin ialah pykit cintakan pgkat.

Antara salah satu punca cintakan pgkat adalah ingin untuk mnjadi masyhur dan trkenal.Cara utk mengelakkan prasaan ini ialah dgan brsikap al-khumul (lbih suka xdikenali)..Andai kemasyhuran itu dtg drpd ALLAH,cuba untk melarikan drpdnya.

Diceritakan:Abu Aliah r.h.m apabila dikerumuni oleh lebih drpd 4 org,dia akan bangun melarikan diri.

Az-Zuhri r.h.m prnah menyatakan:"Kami lihat trlampau sedikit di kalangan manusia yg mampu berzuhud dlm hal kepimpinan.Kami dapati seseorg itu boleh berzuhud dlm makanan,minuman,harta benda ttapi apabila dicabar dlm hal kepimpinan dia akan mempertahankannya bahkan sanggup bermusuhan kerananya".

Ibnu Mas'ud prnah menasihati sahabat2nya dgan brkata:Jadilah kamu punca2 mata air ilmu,pelita2 petunjuk,permaidani atau tikar yg trhampar di rumah(sentiasa mengabdikan diri kpada ALLAH)dan lampu2 yg menyinari malam hari(penunjuk kpd jalan kbnaran)srta hati2 yg baru(sntiasa digilap utk berzikir dan berfikir) dlm klgn berpakaian lusuh.Kamu dikenali di kalangan pnduduk langit walaupun tdk dikenali oleh pnduduk bumi.

Persoalannya,kemasyhuran mana yg lebih hbat drpd kemasyhuran para nabi dan para ulama?Apakah itu juga dinamakan tercela???
Jawapannya:Yang tercela ialah apa yg sengaja dicari oleh manusia itu sendiri.Sekiranya,kemasyhuran itu dtg drpd anugerah ALLAH tnpa dicari,ia tdk tercela.Tapi,ia akan  menjadi fitnah bgi org2 yg lemah jiwanya..Astaghfirullah al'azim...jauhkan aku drpd pykit hati ini,YA ALLAH!!!



Prnah dengar nasyid ni???
Jagalah hati,
Jangan kau kotori....
Mari sama2 kita muhasabah diri dan cuba perbaiki diri ke arah yg lbih baik...Hati manusia ini sntiasa berubah2 lbih cepat dripada air yg menggelegak dlm periuk.Jom,rawat hati dgan praktikal.

Diriwayatkan ada seorang raja telah dtg menziarahi seorg lelaki yg zuhud.Apabila baginda dtg menghampirinya,dia terus meminta agar dihidangkan makanan,sayuran dan susu.Lalu,dia makan dgan lahapnya di dpan raja trsebut.Apabila raja trsebut melihat prlakuannya,dia mula memandang rendah trhadap lelaki zuhud trsebut.

Apabila org zuhud mengasingkan diri,tentu hati org biasa akan memuliakannya,jika dia bimbang akan berlaku fitnah trhdp dirinya,dia hndaklah bergaul dgan mereka scara baik,prgi ke pasar2,membeli-belah dan sebaginya selagi ianya menetapi syariat islam.


Alhamdulillah,penulisan ini banyak aku pelajari dlm Ringkasan Kitab drpd Imam Ahmad bin Qudamah Al-Maqdisi..MasyaAllah,trsgt2 hebat imam2 dan ulama2 trdahulu dlm menjaga hati mereka..Aku ini hanya manusia yg banyak brgelumang dgn dosa2 nista..Adakah selama hidup aku ini,dosaku diampunkan oleh ALLAH??? Dosa x akan trhapus slagi kita xbrtaubat dgn sebenar2 taubat.Hanya ALLAH yg Maha Mengetahui apa yg ada dlm hati ini..Ilmu tdk akan dtg bergolek jika tdk dicari,begitu juga dgan hidyah ALLAH..carilah IA slagi nafas kita masih diberi pinjam olehNya.Hidup ini tdak akan sempurna tnpa iman dan taqwa kpd ALLAH.


Sunday 8 July 2012

DIMANAKAH ALLAH??


Bismillahirrahmanirrahim.....
Assalamualaikum.



Kadang-kadang KITA membicarakan perkara yang tidak sepatutnya kita bicarakan.Contohnya perkara yang dah terang dan jelas akan sesuatu.Bagaimana mungkin seorang yang mengaku dirinya Islam dan beriman masih mempertikaikan lagi tentang keharaman arak dan judi.....

Yang pasti perkara yang paling asas yang tidak patut seorang muslim itu untuk pertikaikannya...iaitu KEWUJUDAN ALLAH!!!!

Nak dibawakan sebuah cerita.....
Alkisahnya.......

Dalam satu kursus,para peserta diminta untuk bertaaruf sesama mereka.Pada waktu rehat,masing-masing mengambil tempat dalam kelompok sendiri.Macam-macam isu yang dibincangkan.

Yang pasti isu-isu yang dibincangkan tu sebenarnya adalah ISU AGAMA..

"Saya kurang setuju lah dengan pandangan Ustaz Hamzah" katalah si Mahad ni..Mahad,seorang pengusaha roti.
"Kenapa??" tanya Wahid,kawan sekumpulan Mahad.
"Bukan ke dia tu seorang Wahabi?"
"Wahabi?" Wahid terkejut...
"YA!!"
"Kenapa dengan Wahabi?"
"Akidah mereka salah,tak betul..Mereka menolak Imam Syafie."
"Siapa cakap?"
"Saya dengar ada orang yang cakap Ustaz Hamzah pendokong kuat aliran tu"
"Pernah ke dia mengaku pasal tu??" Wahid makin pelik.
"Tidak pernah secara terang-terangan.Tapi cara dia berdakwah memang jelas nampak Wahabi"
"Emm,,,tak baik kita tuduh ustaz macam tu"
"Nampaknya saudara nak membela ustaz".Mahad makin cuba untuk membela dirinya.
"Saya baca semua bukunya..sangat ilmiah,penuh dengan fakta dan perbandingan.Semuanya diambil dari nas-nas aqli dan naqli".
"Boleh saya bertanya?"tanya si Mahad dekat Wahid."Dimanakah ALLAH menurut saudara?"
Wahid tahu solan yang dikemukakan tu untuk menduganya.Jika dia menjawab ALLAH bersemayam di atas langit serta merta dia akan dicop sebagai Wahabi.
Dia cuba berhelah..

"Saudara,ada perkara yang lebih penting lagi drpd perbahasan tentang dimana Allah,bagaimana rupanya dan sebagainya..RASULULLAH diutuskan di muka bumi dgn membawa kalimah tauhid untuk mengesakan ALLAH dan menjadi utusanNYA.Dengan itu,perihal dengan isu akidah ni sepatutnya sudah seesai 1400 tahun dulu lagi.Datangnya RASULULLAH untuk membetulkan akidah kita dengan kalimah LAILAHAILLALLAH MUHAMMAD RASULULLAH"


Wahid menyambung."Bagaimana selama ini kita solat jika kita masih ragu-ragu tentang akidah kita?Maksud saya kita banyak mebuang masa dengan membincangkan perkara yang sudah jelas termaktub dalam AL-QURAN dan HADIS."

"Maksud kamu,kita tak payah bicang tentang akidah?Macam mana pula pengajian akidah ini nak didakwahkan kepada orang awam?" tanya Mahad.

"Saya maksudkan janganlah kita bincangkan atau lebih tepat didebatkan kerana nak tegakkan kefahaman akidah mengikut aliran kefahaman masing-masing.Bukankah akidah itu satu??sejak dari waktu Nabi Adam hingga ke hari kiamat.Hanya syariat yang banyak berubah,namun yang halal dan haram jelas diterangkan dalam AL-QURAN.Mengajar kepada kanak-kanak dan orang jahil itu perlu.Cuma yang saya maksudkan jangalah ada di kalangan ustaz berdebat,berhujah tentang isu akidah hingga menyebabkan perpecahan.Bayangkan kita berbahas sehingga mendebatkan soal kedudukan ALLAH,rupaNYA.Ini semua salah satu titik syaitan untuk para ilmuwan berbalah". jawab Wahid dengan tenang.

"Saya bersetuju dengan saudara",kata Mahad.Lalu,Wahid terus bertanya,"Maka,benar atau tidak Ustaz Hamzah seorang Wahabi?"

Sambil mengurut dada,hanya satu lafaz sahaja yang kedengaran,"ASTAGHFIRULLAH..."