Saturday 28 July 2012

Cintakan pangkat dan riya' yang tercela


BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM...

Alhamdulillah,setelah sekelian lame x update blog ni...akhirnya diberi kesempatan olehNya untuk aku berkongsi serba sedikit segala pengalaman,kisah kehidupan dan ilmu yg xseberapa ni.Mohon doa dripda mslimin mslmt dri segenap sudut utk diberi kbrkatan dan kerhmatan oleh ALLAH dlm hidup ni..Semoga hasil tulisan yg ditulis ini dpt keberkatan buat semua yg mebacanya dan menjadi salah satu wasilah buat daku utk memperoleh pahal dlm berdakwah...amin Ya Rabb,insyaAllah.

InsyaAllah kali ni,,nak berkogsi serba sedikit pasal khidupan manusia yg cintakan pgkat dan riya'.Semoga dijauhkan drpd kita semua drpd sikap2 seprti ni dlm diri..Sememangnya manusia itu,amat memerlukan harta dsbbkan utk keperluan seharian spt makan,minum,pakai dn sbginya..sama juga dgan pangkat.Ini kerana,mereka memerlukan satu benteng kuasa bgi mnjaga kpntgn mereka.Keperluan sprti ini bknlah suatu prkara yg tercela krana pgkat boleh jadi satu wasilah utk mencapai satu2 mtlamat.Jika digunakan nya scara baik trpilihara dri zahir dan batin,insyaAllah akan diredhai oleh Allah.

12:55
Yusuf berkata: "Jadikanlah daku pengurus perbendaharaan hasil bumi (Mesir); sesungguhnya aku sedia menjaganya dengan sebaik-baiknya, lagi mengetahui cara mentadbirkannya".


Diriwayatkan bhawa Nabi s.a.w brsabda:
"Prkara yg paling aku bimbang berlaku trhadap umatku ialah riya' dan syahwat yang trsembunyi."

Riya' dan syahwat(keinginan utk dpndang tinggi) bkan sesuatu yg dpt dilihat dgan kaca mata kasar rmanusia...ia mmg teramat sukar utk dikesan,apatah lgi disedari oleh manusia.Ujian2 ini biasanya berlaku ke atas manusia yg lemah jiwanya..Kdg2,kepenatan mereka bermujahadah terasa ringan hanya kerana merasa seronok bila mereka dterima baik oleh manusia diskelilingnya.Mereka mungkin menyangka bahawa mereka IKHLAS kpda ALLAH sedangkan hanya orang yang benar2 mendekatkan diri kepada ALLAH terselamat drpd perangkap ini.

Ada kata2 arab mengatakan:Prkara yg terakhir yg keluar drpd golongan as-siddiqin ialah pykit cintakan pgkat.

Antara salah satu punca cintakan pgkat adalah ingin untuk mnjadi masyhur dan trkenal.Cara utk mengelakkan prasaan ini ialah dgan brsikap al-khumul (lbih suka xdikenali)..Andai kemasyhuran itu dtg drpd ALLAH,cuba untk melarikan drpdnya.

Diceritakan:Abu Aliah r.h.m apabila dikerumuni oleh lebih drpd 4 org,dia akan bangun melarikan diri.

Az-Zuhri r.h.m prnah menyatakan:"Kami lihat trlampau sedikit di kalangan manusia yg mampu berzuhud dlm hal kepimpinan.Kami dapati seseorg itu boleh berzuhud dlm makanan,minuman,harta benda ttapi apabila dicabar dlm hal kepimpinan dia akan mempertahankannya bahkan sanggup bermusuhan kerananya".

Ibnu Mas'ud prnah menasihati sahabat2nya dgan brkata:Jadilah kamu punca2 mata air ilmu,pelita2 petunjuk,permaidani atau tikar yg trhampar di rumah(sentiasa mengabdikan diri kpada ALLAH)dan lampu2 yg menyinari malam hari(penunjuk kpd jalan kbnaran)srta hati2 yg baru(sntiasa digilap utk berzikir dan berfikir) dlm klgn berpakaian lusuh.Kamu dikenali di kalangan pnduduk langit walaupun tdk dikenali oleh pnduduk bumi.

Persoalannya,kemasyhuran mana yg lebih hbat drpd kemasyhuran para nabi dan para ulama?Apakah itu juga dinamakan tercela???
Jawapannya:Yang tercela ialah apa yg sengaja dicari oleh manusia itu sendiri.Sekiranya,kemasyhuran itu dtg drpd anugerah ALLAH tnpa dicari,ia tdk tercela.Tapi,ia akan  menjadi fitnah bgi org2 yg lemah jiwanya..Astaghfirullah al'azim...jauhkan aku drpd pykit hati ini,YA ALLAH!!!



Prnah dengar nasyid ni???
Jagalah hati,
Jangan kau kotori....
Mari sama2 kita muhasabah diri dan cuba perbaiki diri ke arah yg lbih baik...Hati manusia ini sntiasa berubah2 lbih cepat dripada air yg menggelegak dlm periuk.Jom,rawat hati dgan praktikal.

Diriwayatkan ada seorang raja telah dtg menziarahi seorg lelaki yg zuhud.Apabila baginda dtg menghampirinya,dia terus meminta agar dihidangkan makanan,sayuran dan susu.Lalu,dia makan dgan lahapnya di dpan raja trsebut.Apabila raja trsebut melihat prlakuannya,dia mula memandang rendah trhadap lelaki zuhud trsebut.

Apabila org zuhud mengasingkan diri,tentu hati org biasa akan memuliakannya,jika dia bimbang akan berlaku fitnah trhdp dirinya,dia hndaklah bergaul dgan mereka scara baik,prgi ke pasar2,membeli-belah dan sebaginya selagi ianya menetapi syariat islam.


Alhamdulillah,penulisan ini banyak aku pelajari dlm Ringkasan Kitab drpd Imam Ahmad bin Qudamah Al-Maqdisi..MasyaAllah,trsgt2 hebat imam2 dan ulama2 trdahulu dlm menjaga hati mereka..Aku ini hanya manusia yg banyak brgelumang dgn dosa2 nista..Adakah selama hidup aku ini,dosaku diampunkan oleh ALLAH??? Dosa x akan trhapus slagi kita xbrtaubat dgn sebenar2 taubat.Hanya ALLAH yg Maha Mengetahui apa yg ada dlm hati ini..Ilmu tdk akan dtg bergolek jika tdk dicari,begitu juga dgan hidyah ALLAH..carilah IA slagi nafas kita masih diberi pinjam olehNya.Hidup ini tdak akan sempurna tnpa iman dan taqwa kpd ALLAH.


No comments:

Post a Comment