Friday 1 February 2013

REZEKI ITU JAMINAN ALLAH


Salam perjuangan kawan2..setelah sekian lame berdiam diri,akhirnya saya nak luangkan sedikit maa yang ada untuk blog ni.Dah bersarang sebab dah lama tak update.hehe ( malas nak update sebenarnya)

Entry hari ni,saya berminat nak sentuh pasal rezeki. Ramai yang tahu rezeki itu datang daripada Allah.Tapi hakikatnya,ramai mana yang bersyukur dengan segala nikmat dan rezeki yang diberikan.Ada yang lebih teruk hanya mengganggap nikmat yang dimiliki hari ini, hasil titik peluh mereka sendiri.

Saya sangat berminat nak cerita satu kisah.

Kisah ni diceritakan oleh umi saya semasa dalam perjalanan terengganu-kuantan.

Seorang kontraktor.

Yang asalnya kaya,jatuh miskin buat sementara waktu.
Atas sebab tidak menerima projek buat masa berbulan-bulan.

Satu hari,
Di tangan kontraktor tersebut hanya tinggal RM 80 dan sebuah jam tangan.
Tidak tahu kemana lagi arah ingin mecari rezeki buat menyara keluarga.
hati resah gelisah memikirkan masalah yang dihadapi.

Akhirnya,dia singgah ke sebuah kedai makan.
Niat dihati barangkali ingin memenuhi ruang perut yang kelaparan.
Dari jauh,dia ternampak segerombolan budak-budak tahfiz makan di kedai tersebut.
Hatinya begitu terusik dengan kesolehan mereka. Sejuk mata memandang.Hati tiba-tiba menjadi sayu.

Ketika kaki melangkah masuk ke dalam kedai makan, budak-budak tahfiz menuju ke tempat  cashier.
Saat itu juga dia terdengar perbualan antara mereka.
"bagaimana kita nak bayar ni? duit tak cukup nak bayar segala makanan tadi".
"Kita bayar dulu apa yang kita ada sekarang. nanti kita cuba minta waktu untuk membayar hutang tu"

Atas rasa tanggungjawab dan ihsan terhadap budak-budak tahfiz tu,kontraktor tersebut menghulurkan not RM 80 untuk membayar makanan tadi. Tetapi,jumlah yang diberikan tidak mencukupi.Akhirnya,dia memberikan jam yang ada sebagai gadaian untuk hutang tu.

" tak ape,biar saya yang bayarkan..jam tangan ni je yang saya ada untuk bayar hutang yang selebihnya."

Betapa gembiranya hati budak-budak tahfiz tu dengan pertolongan tu.
Dan betapa gembiranya hati seorang kontraktor saat melepaskan duit yang tinggal di saku ketika itu demi membantu buat pelajar tahfiz.
Betapa gembiranya dia saat tangannya itu dicium oleh pelajar tahfiz tersebut.

Hatinya tiada gundah dan gelisah selepas pulang ke rumah.Walaupun duit yang ada sebentar tadi sudah diberikan kepada yang lebih memerlukan.Malamnya dihiasi dengan tidur yang lena.

Seminggu selepas kejadian tersebut, nak dijadikan cerita,Betapa hebatnya kuasa Allah dan betapa Pemurah nya Allah.Kontraktor tu menerima satu projek yang bernilai RM 800,000. Tiada yang mustahil bagi Allah.
Bila dia perhatikan balik,nilai wang yang disedekahkannya kepada pelajar tahfiz sama nilainya dengan nilai projek yang diterima. Ini bukan tuah. Ketahuilah ini adalah REZEKI yang tak disangka-sangka oleh Allah!

Rezeki yang diterima kita,semuanya bukan hak mutlak kita seorang.TAPI, dalam rezeki kita tu terdapat hak-hak orang lain.



"Dan Allah memberi rezeki kepada orang-orang yang dikehendakiNya tanpa batas"
(surah al-baqarah: ayat 212)

dan yakinlah rezeki itu jaminan daripada Allah.Tak kira,kita duduk di tempat yang mewah,hatta tempat yang paling kecil di ceruk dunia pun,jika Allah ingin berikan rezeki kepada kita,rezeki itu tetap ada. Cuma, semuanya atas diri kita.Adakah kita bersyukur atau kita kufur?

Rezeki Allah di mana-mana sahaja.Tiada siapa yang berhak mempersoalkan dengan nikmat Allah yang dikurniakan kepada kita.BERSYUKURLAH DENGAN APA YANG ADA!

1 comment: