Wednesday 16 November 2011

Ilmu Penyuluh Jalan Kehidupan

   Alhamdulillah dengan segala nikmat yang diberikan oleh Allah pada semua rezeki,kesihatan,kebahagiaan dan ilmu yang ada di jiwa ini.Mungkin tak pernah terlintas di fikiran kita ilmu yang kita miliki ini adalh satu nikmat yang terbesar yang dikurniakan oleh Allah.

   Cuba bayangkan,sedang kita berada dalam bilik yang cerah dan terang benderang,tiba-tiba bekalan elektrik terputus.Ditambah pula dengan malam yang gelap gelita tanpa sinaran bulan.Lampu da lilin pula tidak ada.

   Cuba bayangkan...Ya Allah...gelapnya.Rimas,serabut,sesak dada,marah semuanya ada kan?Apa yang kita fikir waktu itu hanyalah kita amat memerlukan cahaya.Begitu juga dengan akal dan hati kita.
   
   Tanpa ilmu pengetahuan,maka akal dan hati akan menjadi gelap,terasa begitu bodoh dan semestinya hidayah akan terhalang buat selama-lamanya.Tahukah kita,bahawa hanya satu ilmu sahaja yang dapat menerangi dan mencerahkan akal dan jiwa manusi iaitu ilmu "Ilman Na-fi'an"(ilmu yang bermanfaat dan dapat dimanfaatkan)

   Demikianlah,sumber segala pengetahuan yang dimiliki manusia adalah daripada Allah S.W.T.Ianya hanya pinjaman Allah yang diberikan kepada kita.Justeru,wajibke atas kita memeliharanya dengan penuh amanah.Sebagaimana Firman Allah S.W.T:
"Bacalah(wahai Muhammad)dengan nama TuhanMU yang menciptakan sekalian makhluk."
(surah al-alaq:1)


   Sebagai contoh,dimana kisah seorang petani yang menanam biji benih di ladangnya.Tahukah kita,bahawa segala usha yang dilakukan tidak akan berjaya jika tiada pertolongan daripada Allah.


   Hakikatnya Ilmu yang diperoleh oleh petani itu datangnya daripada siapa? Ia tetap daripada Allah.Begitulah seteusnya dalam pemprosesan untuk menyuburkan bijih benih itu,semuanya datang daripada Allah.
MasyaAllah.....


   Lalu,mana milik kita?Semua yang ada,hatta ilmu pengetahuan pun adalah milik Allah Rabbulalamin.Allah yang menganugerahkan kepada kita akal fikiran yang dapat membezakan kita dengan makhluk yang lain.Sedarlah kita,bahawa Allah telah mengangkat darjat seorang insan dengan darjat yang paling tinggi.

   Apakah ini masih tidak kita syukuri?Jika kita sedar akan perihal ini,maka akan wujudlah makrifatullah.Bila semakin bertambah ilmu kita,semakin kita kenal kepada Allah,semakin kita tunduk merendah diri dan patuh kepadaNya.