Assalamualaikum,alhamdulillah .Syukur kepada
Allah di atas pemberian nyawa dan aku masih dapat merasai manisnya nikmat iman
dan islam. Rasanya agak lama tak mengupdate blog ni.Ini kali lah, tibe2 aku
rase macam nak update blog ni.Tiada yang istimewa dalam blog aku ni,just bile
aku rase rajin aku akan berblogger la kejap.heh! =p
Ini kalilah! Aku nak share pasal kehidupan aku
dan orang2 yang berkaitan dengan aku.So, bace sampai
habis!
Tengah aku duk borak2 dengan roomate ,tibe2 terkeluar
lah topik pasal menghargai ni.Ntah,aku sendiri xtahu macam mana boleh terkeluar
nya.So,apa lagi...aku pun mengimbau lah kenangan aku pergi ke KEM TOT 2 minggu
lepas. Apa yang bestnye kat sane? Awalnya memang aku tak nak pegi pun.Aku dah
boleh agak keadaan kat sane macam mana.SOSIAL.Last2,aku buat keputusan pergi
juga KEM TOT tu.Masa dalam perjalanan kat sane,kepala pening,hati pun
rungsing.Allahuakbar,aku xtahu nak hadapi dengan keadaan kat sane.Peserta2 sume
dari budak kolej aku,tapi yang merungsingkan aku macam mana cara aku nak
bergaul dengan diorang.Dengan kebanyakan diorang ni semua lelaki dan beberapa
kerat je perempuan.Dahla semua peserta tu aku xberapa nak rapat dengan
diorang.Bila fikir2 balik,aku tau di sini lah Allah telah mencampakkan aku
untuk teruskan kerja dakwah.Kalau bukan aku,siapa lagi?Dan melalui KEM TOT ni
lah aku mesti cari satu jalan nak rapat dan mendekati mad’u2 aku ni.
Ok,secara general program kat sane memang
best.Banyak yang aku belajar.Bab2 menari tu memang tok sah nak habaq la.Memang
banyak.Membuatkan aku makin xselesa.Tapi,Alhamdulillah diorang masih memahami
dengan keadaan diri aku sebenar macam mana.Sekali tengok,orang memang dah tau
aku ni macam mana.Tapi,aku still buat part2 yang menari menggunakan tangan
je.Nasib baik aku duduk di hujung2 dewan. Kat sini,aku nak share sedikit apa
yang aku dapat sepanjang pegi KEM TOT tu:
1.
Orang yang
hebat berani menjadi orang yang berbeza
2.
Sebagai
seorang ketua,air muka kita perlu dijaga.
3.
Lima konsep
untuk membuatkan orang suka kepada kita (TRUST)
Trust
Respect
Unconditional
Sensitif
Touch
4.
Jangan gagal
menjadi diri kita
5.
Sikap datang
daripada budaya,Budaya datang daripada tabiat,Tabiat datang daripada kelaziman.
6.
Motivation=Motive
+ Action
7.
Pemimpin yang
hebat mesti ada akal dan jiwa
Ini antara kesimpulan yang aku boleh buat sepanjang di training uuntuk
menjadi fasi.YA! Sekarang aku sedar dari
lena yang panjang bagaimana cara sebetulnya untuk medidik manusia.Bagaimana
untuk aku mendekati manusia.Salah satu point yang trainer tu bagi nak jadi
orang yang hebat, 4 perkara mesti ada pada diri kita:
Trust à Respect à Admire à Caring
Antara keempat-empat point kat atas,caring
yang paling susah aku buat.Dan aku xfaham kenapa jadi begini? (Macam mencari
identiti diri pulak).Di kesempatan tu,aku bertanya soalan kpada trainer
tu.”Macam mana nak menjadi caring?” Jawapan trainer tu sangat padat dan simple.
“Belajar untuk memberi”
Lama aku fikir kenyataan trainer tu..Last2
baru aku faham.Ya! Aku mesti banyak memberi kepada orang.Maksud trainer tu,bukan
memberi dengan harta semata2,tetapi memberi kudrat dan hati kita kepada orang
lain.Dan disitulah akan terbina nya sebuah kasih sayang.Penyelesaiannya sangat
mudah.Memberi,memberi,memberi.Yang pasti hilangkan sifat EGO dalam diri! Nak
jadi orang yang hebat bagaiman,jika EGO dalam diri tak bisa dibuang?
Aktiviti yang paling aku suka dalam KEM TOT tu
sewaktu sesi penghargaan.Di sini,baru aku sedar.Dengan penghargaan diri akan
dihargai.Dengan penghargaan,keyakinan diri akan terhasil.Dengan
penghargaan,jiwa akan tenteram.Dengan
penghargaan,jalinan akan terjalin.Jangan jadikan penhargaan itu sebagai alat
untuk membanggakan diri.Tapi,gunakan ia untuk menambah kredibiliti diri.Nak
jadi pemimpin,perlu disukai dan dihargai oleh orang.Bagaimana mahu menjadi
hebat,jika diri tak pernah dihargai?
Dan di sini,ada seseorang yang aku nak
hargai.Cara dia menghargai dirinya sendiri membuatkan aku begitu mengagumi
dirinya.Seorang sahabat yang aku kenali
sepanjang aku belajar di UM ni.Dia banyak menghargai semua perkara yang berlaku
padanya.Semua perkara yang dilalui oleh sahabatku ni akan dicatatkan dalam
sebuah buku kesayangan dia.Banyak benda first time yang berlaku pada dia.Dan
dia sangat menghargainya! Ya...dia telah membuatkan aku betul2 terharu.Begitu
berertinya kenangan dan penghargaan yang diberikan untuk dirinya.Setiap perkara
akan dicatit dalam buku tersebut berserta dengan gambar dan yang membuatkan aku
terkejut dia simpan segala tiket bas,tiket flight,tiket movie(first time),tiket
ceramah,surat2 daripada kawan2 dia. Penghargaan yang dilakukan oleh sahabatku
ni,membuatkan hatiku terketuk lantas hatiku menangis tersentuh.
Bukan mudah mahu mencari insan seperti dia
dalam dunia ni.Dan,dia lah insan pertama yang menyimpan 1001 penghargaan untuk
dirinya dan untuk insan sekelilingnya.Jika mahu orang menhargai kita,hargai
dahulu orang lain.Jika ingin diri disyangi,belajar dahulu untuk
menyayangi.Sebarkan cinta dan sayang serta penghargaan dengan orang di
sekeliling kita.Melalui cinta dan kasih sayang,jalinan ukhuwwah akan
terjalin.Lantas,akan melahirakan individu yang penyayang,keluarga harmoni dan
dilimpahi kasih sayang,masyarakat yang yang bertamadun dan berkasih sayang dan
seterusnya akan lahirlah negara yang tenteram.Tiada lagi permusuhan dan persengketaaj.
Ayuh,pupuk dalam jiwa sifat kasih sayang dan penghargaan! Sebarkan cintamu buat
seluruh dunia!
SUBHANALLAH,ALHAMDULILLAH,ALLAHUAKBAR,LAILAHAILLALLAH
MUHAMMAD RASULULLAH
~NUR ADILA~
4/4/2013